Berdebat
dengan orang jahil, akan menyebabkan
seseorang yang alim itu seakan-akan jahil. Kerana itulah, ramai ulama
yang menegah dari
menghabiskan masa dan waktu untuk berdebat dengan orang jahil.
Kerana,
mereka tak akan terima hujah yang diberikan walau dengan apa cara sekali pun,
kerana mereka tak letak "apa yang Allah suka" sebagai neraca, tetapi
mereka meletakkan "apa yang mereka suka" sebagai neraca sesuatu itu
betul atau tidak.
Akibat
dari kejahilan ini, maka tersebarlah virus "Apa salahnya?"
Contoh
virus "Apa salahnya" ialah:
1)
"Apa salahnya tak pakai tudung? Dont judge a book by its cover. Buat apa
pakai tudung kalau akhlak buruk dan sombong? Aku tak pakai tudung, tapi aku
jaga akhlak aku...."
2)
"Apa salahnya aku layan drama korea jepun kpop bagai. Aku -masih jaga
solat. Yang kau asyik tegur-tegur kpopers dan peminat artis korea ni apa hal?
Diorang bukan kacau hidup kau pun!"
3)
"Apa salahnya ikhtilat. Bukan naik nafsu syahwat pun.Tak lebih dari tu.
Aku bukan pegang pun tangan perempuan tu. Just mesej je. Jangan syadid
sangat..."
4)
"Apa salahnya aku layan movie berjam-jam. Bukan ada aksi lucah pun dalam
movie tu. Just ada la perempuan seksi sikit, dan cium-cium sikit dan aurat
pegang-pegang tangan. Tapi aku bukan naik syahwat pun. AKu tengok movie untuk
amik pengajaran...."
5)
"Apa salahnya couple? Aku nak kahwin dengan dia!"
***
Bahayanya
virus "Apa salahnya" ni. Kenapa mereka mengeluarkan ayat "Apa
salahnya"? Kerana hati mereka telah lama sangat bergelumang dalam maksiat
dan dosa, sehingga, mereka tak dapat beza mana baik mana buruk.
Berkata
seorang ulama':
"Apabila
telah lama seseorang itu bergelumang dengan dosa, dia tidak akan dapat lagi
bezakan mana baik dan mana buruk. Lantas menganggap yang baik itu buruk, dan
yang buruk itu baik...."
Bahaya
bukan?
Jadi,
kepada para pendakwah, untuk berhadapan dengan orang sebegini, saya nasihatkan:
1) Jangan berdebat dengan
mereka. Mereka still akan memenangkan hujah nafsu mereka walaupun
terbentang di hadapan mereka segala hujah dan dalil dari quran dan sunnah.
Kalau kita masih nak menang, maka, pergaduhan dan tak puas hati akan
berlarutan, lantas, kita akan jadi ego, sombong dengan tak sengaja.
2) Istighfar. Kau kena tahu, syaitan amat mencintai
perpecahan dan pergaduhan. Kalau ada orang jahil yang kutuk-kutuk, caci-maki,
dan menyerang kau dengan sentimen dan tiada hujah, maka ucapkanlah "terima
kasih" kepada mereka.
3)
Sebenarnya, bila kita MENGALAH dengan orang jahil ni, ia akan
membuatkan hati orang jahil itu jadi lembut dengan akhlak yang kita tonjolkan.
Teruskan rendah diri, jangan mengherdik dan mengeluarkan kata-kata yang
berunsur penghinaan kepada mereka.
4) Sabar.
Kadang-kadang, haters gonna hate. Kita balas dengan kebaikan macamana pun, dia
still benci kita. Nabi Nuh di caci maki dan di pulau, nabi Zakaria di gergaji
sampai mati. Nabi Isa di buru untuk di bunuh. Nabi Yusuf di fitnah merogol
isteri Al-Aziz, Nabi Ibrahim di campak ke dalam api, nabi Musa di buru oleh
kerajaan Firaun.
Teruskan
bersabar. Kerana, sabar itu di sisi Allah sangat besar nilainya. Sungguh!
***
Saya
akhiri dengan kata-kata imam Syafie:
"Aku
mampu berdebat dengan 1000 orang alim. Namun aku tak mampu berdebat dengan 1
orang jahil..."
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan