Belajar secara membabi buta tidak mampu membantu anda menguasai pelajaran tersebut. Sebaliknya, membuatkan anda frust kerana maklumat tersebut tidak bertahan lama di dalam minda anda.
3 cara utama untuk meningkatkan memori semasa
study:
1) Mengamalkan ingatan semula (recall) dengan aktif semasa belajar.
2) Menyemak bahan bacaan secara berkala
3) Belajar melebihi keperluan pembelajaran melampaui titik kosong penguasaan
1) Mengamalkan ingatan semula (recall) dengan aktif semasa belajar.
2) Menyemak bahan bacaan secara berkala
3) Belajar melebihi keperluan pembelajaran melampaui titik kosong penguasaan
Libatkan diri anda semasa membaca: Baca dan fikir apa yang anda
sedang baca.
- Sediakan soalan sebelum, semasa dan selepas sesi membaca. Persoalkan apa yang anda baca dan tanya pada diri anda apa yang akan berlaku kemudian (sekadar di dalam minda).
- Perhatikan apa yang menarik minat anda. Ambil masa untuk membuat komen (di dalam minda).
- Latih diri untuk membuat rumusan, 1 bahagian pada 1 masa. Apakah main points dalam teks yang anda baru baca? Apakan kesimpulan yang bersesuaian?
Bayangkan teks yang sedang anda baca: Bayangkan anda berada di tempat
tersebut atau bayangkan proses tersebut. Lebih realistic bayangan anda, lebih
lama dan kuat ingatan anda mengenainya.
Tulis Nota: Mengambil nota tidak akan membantu jika
anda sekadar menulis tanpa berfikir apa yang sedang anda catat.
- Catat dengan sepenuh perhatian dan fikir apa yang ia cuba sampaikan.
- Baca semula apa yang telah anda catat.
- Ringkaskan jika berkesempatan. Bahagikan yang mana penting dan buang yang lain.
- Jangan catat setiap perkataan yang keluar dari mulut lecturer anda.
PQRST Method: Salah satu teknik yang paling popular untuk
mengingati bahan yang telah dicatat. P: Preview (Semak semula) Q: Question
(Soalan) R: Read (Baca) S: State (Nyatakan) T: Test (Ujian).
- Preview (Semak semula): Skim bahan bacaan secara ringkas. Baca garis panduan, topic utama, subtopic dan perkataan yang diBoldkan dan digariskan. Lihat gambar, carta, table yang ada. Objektif Preview adalah untuk mendapatkan gambaran keseluruhan buku atau bab tersebut. (Ia hanya memerlukan beberapa minit).
- Question (Soalan): Tanya soalan yang penting mengenai maklumat yang anda baca. Jika buku/bab tersebut menyediakan soalan semak semula (review question), baca soalan-soalan tersebut sebelum anda mula membaca bab tersebut. Apakah perkara utama teks tersebut? Bagaimanakah proses itu berlaku? Baca semula tajuk perenggan dan persoalkan teks yang anda baca tadi.
- Read (Baca): Sekarang mula baca teks tersebut, tanpa catat apa-apa nota. Menggariskan teks dengan betul dapat membantu anda mengingati teks dengan lebih baik. Tetapi, jangan gariskan apa-apa maklumat ketika anda membaca untuk kali pertama kerana susah untuk anda dapatkan maklumat yang benar-benar penting. Baca satu perenggan dahulu dan kemudian cuba fahami isi penting perenggan tersebut sebelum menggariskan maklumat yang penting. Fikir semula teks yang telah anda gariskan.
- State (Nyatakan): Nyatakan jawapan kepada soalan-soalan utama dengan kuat. Baca semula bab dan tanya pada diri sendiri soalan dan jawab dengan kuat. Baca apa yang anda telah gariskan dengan kuat, dan fikir tentang apa yang anda baru nyatakan . Anda perlu menghabiskan kira-kira separuh daripada masa belajar anda dengan menyatakan maklumat anda dengan kuat.
- Test (Ujian): Uji diri anda untuk memastikan anda ingat maklumat yang baru anda pelajari. Semak semula bab tersebut dan tanya soalan. Beri ruang pada diri anda untuk menguji diri dan lakukannya semasa dan selepas sesi belajar, serta malam sebelum ujian. Anda juga boleh dapatkan bantuan daripada rakan untuk kuiz anda.
Gunakan waktu belajar anda sebaik-baiknya: Apa yang penting adalah cara
anda belajar, bukan berapa lama anda belajar. Ini kerana kita hanya mampu focus
untuk jangka masa yang tertentu. Rehat 5-10 minit setiap 1 jam dapat membantu
anda lebih focus untuk belajar kembali.
Cara belajar setiap orang adalah berbeza bergantung pada kebolehan dan keinginan (semangat) mereka. Kajian menunjukkan bahawa maklumat yang sukar atau pelajar yang tidak berpengalaman memerlukan sesi belajar yang pendek untuk hasil yang terbaik.
Jika anda mempunyai beberapa mata pelajaran untuk belajar, adalah lebih baik untuk bahagi dan pisahkan subjek tersebut untuk beberapa hari beberapa hari. Anda juga perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran anda : Catat nota untuk hari pertama, membuat outline (garis panduan) untuk hari kedua, membaca maklumat dengan kuat semasa sesi pembelajaran ketiga.
Anda juga perlu mengelak gangguan ketika anda belajar. Selepas anda belajar, tutup buku, solat dan terus tidur. Elak daripada membaca majalah, menonton television, mendengar lagu sebelum tidur. Kajian menunjukkan bahawa tidur selepas belajar dan ujian adalah cara yang terbaik untuk mendapat keputusan yang cemerlang semasa ujian. Seseorang yang tidur selepas belajar akan ingat lebih daripada seseorang yang berjaga.
Gunakan Akronim: Penggunaan huruf pertama sebagai
petunjuk untuk mengingati perkataan itu sendiri boleh membantu dalam mengingati
apa-apa maklumat. Satu lagi jenis yang berkaitan dengan akronim adalah acrostic,
di mana kita menggunakan huruf pertama
dalam satu siri perkataan untuk membentuk
satu perkataan atau frasa. Anda boleh memilih untuk menciptanya sendiri atau
menggunakan idea orang lain (Just Google it!)
Tidak guna jika anda sekadar tahu tetapi tidak mengamalkannya. Cuba untuk beri komitmen pada perkara yang anda tahu. MARI BERTINDAK!!
Reference: http://health.howstuffworks.com/human-body/systems/nervous-system/how-to-improve-your-memory10.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan