Jumaat, 18 April 2014

Syaitan Mengejutkannya untuk Solat






Pada suatu hari, akibat keletihan yang teramat, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.

Melihatkan keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.

Syeikh Abdul Qadir pun terjaga. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

Syeikh Abdul Qadir: “Mengapakah kau mengejutkan aku untuk solat Subuh sedangkan kau amat benci kepada orang yang solat?”

Syaitan: “Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh.”

Syeikh Abdul Qadir: “Kenapa?”

Syaitan: “Aku takut jika kau terlewat bangun untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan solat itu dengan amalan lain yang lebih banyak lagi dan dengan lebih bersungguh-sungguh.”


Syaitan: “Kau akan bersedekah, kau akan membantu orang lain, kau akan mengajar lebih lama, kau akan mengajak orang lain kepada kebaikan. Kau juga akan lebih banyak membaca al-Quran. Semuanya hanya untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dan dengan itu, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah.  Jadi kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan susah menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu nanti!”

Betapa kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Syaitan bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi juga arif tentang Keutamaan Amal. Adakah kita juga arif mengenai ibadat kita?

Apa lagi pengajaran yang dapat kita peroleh dari kisah pendek ini? Tell me your brilliant opinion~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan