Kebanyakan masyarakat kini memandang remeh EMOSI. Mereka fikir pilihan hidup seseorang itu hanya bergantung pada AKALnya, tetapi salah sama sekali. Kebanyakan pilihan yang dibuat adalah bersandarkan perasaan iaitu EMOSI. Tatkala kita melihat seseorang mencuri, akan terdetik di hati: ke manakah hilangnya akal dia sehingga sanggup merampas hak orang lain?
Selama ini kita terlalu fokus dengan situasi nyata sehingga terlupa untuk menilai keadaan tersiratnya. Mampukah kita memahami betapa susahnya dia menanggung kehidupan keluarganya? Betapa susah hatinya menanggung beban perasaan kerana tidak mampu menyediakan keperluan keluarganya sedangkan dia adalah ketua keluarga dan betapa perit hatinya terpaksa melihat kesusahan yang ditanggung oleh keluarganya. Tatkala emosi menguasai diri, kita akan hilang kewarasan berfikir. Kerana ayah terlalu SAYANGkan keluarganya. Kerana ibu terlalu CINTAkan anak-anaknya. Dan tanpa disedari, rasa CINTA itu mengatasi logik akal.
Logik akal. Ya, logik akal kelihatan terlalu nyata untuk dibantah. Tetapi tidak semua perkara di dunia ini mampu dijelaskan hanya menggunakan logik akal. Akan ada 1 saat di mana kita merasa terlalu penat, bosan, kekosongan sehingga logik akal tidak lagi mampu mempengaruhi kita. Cuba fahami petikan ringkas di bawah..
Saya: Apakah itu cinta sejati?
Awak: Cinta sejati itu adalah apabila kucing kesayangan awak tidur di peha awak...
Saya: Hahaha..kelakarnya jawapan.
Awak: ...Walaupun awak biarkan dia duduk luar wkt mlm, kadangkala lupa beri dia makan, tolak dia ke tepi bila awak tengah sibuk. Tapi dia sentiasa ada untuk bermanja dengan awak. Itu cinta sejati.
Saya: *spechless*
Awak: Cinta sejati itu adalah apabila kucing kesayangan awak tidur di peha awak...
Saya: Hahaha..kelakarnya jawapan.
Awak: ...Walaupun awak biarkan dia duduk luar wkt mlm, kadangkala lupa beri dia makan, tolak dia ke tepi bila awak tengah sibuk. Tapi dia sentiasa ada untuk bermanja dengan awak. Itu cinta sejati.
Saya: *spechless*
Kerana kasih sayang kita berkemampuan untuk memaafkan, mengalah, memahami dan memberi. Kita melakukan semua itu bukan kerana terpaksa. Tidak, kita terlupa. Hakikatnya kita tidak perlu melakukan apa-apa kerana CINTA tetapi kerana CINTA, kita sanggup melakukan apa saja.
- Kerana CINTA, kita memilih untuk memaafkan, walaupun dia telah berulang kali memungkiri janji.
- Kerana CINTA, kita memilih untuk mengalah, walaupun dia terlupa menghargai kita.
- Kerana CINTA, kita memilih untuk memahami, walaupun dia terlupa hari lahir kita.
- Kerana CINTA, kita memilih untuk memberi, walaupun dia tidak menghargai pengorbanan kita.
Kita melakukan semua itu bukan kerana CINTA. Sebaliknya, kerana CINTA kita terdorong untuk melakukan semua itu. Kita tidak terfikir betapa dia tidak menghargai kita, betapa dia benci pada kita. Tidak, CINTA mungkin membuatkan kita menjadi tidak waras tetapi kita merasa bahagia. Aneh bukan kuasa CINTA. Kadangkala, sesetengah perkara tidak hanya boleh beres dengan rasa tanggungjawab dan logik akal. Sanggupkah kita mencuci kencing berak seseorang hanya kerana rasa tanggungjawab? Sanggupkah kita pergi ke hadapan menyelamatkan seekor kucing daripada dilanggar hanya kerana logik akal?
Sebelum kita menghakimi sesiapa pun, hadirkan rasa CINTA padanya walaupun sekadar teman biasa. Maka kita akan melayaninya dengan lebih baik tanpa mengharapkan apa-apa balasan. KUASA CINTA terlalu hebat sehingga ia mampu mengalahkan KUASA AGAMA & KUASA POLITIK.
- Jika pemimpin negara itu mencintai rakyat seperti mana ia mencintai dirinya, maka dia memilih untuk memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
- Jika teman kita mencintai kita seperti mana ia mencintai dirinya, maka dia memilih untuk menyimpan aib temannya dan menegur kesalahan temannya dengan lemah lembut dan hikmah.
Lihat betapa kuatnya pengaruh CINTA pada diri kita sehingga ia mampu mengalahkan agama dan politik. Tentunya, untuk penganut Islam, CINTAlah kerana ALLAH dan In Sha Allah kita tidak akan dikuasai CINTA yang keterlaluan sehingga membawa kepada kebodohan dan buta tuli.
The Wynn price of titanium | The Tioga Star
BalasPadamAt the end of May it is said blue titanium cerakote that Wynn titanium sunglasses Resorts Ltd., owner titanium grades of the Bellagio, is the most expensive luxury hotel in oakley titanium sunglasses Las Vegas and titanium earring posts is listed as the