Sabtu, 1 Oktober 2011

Keajaiban..

Artikel ini dari email..
Dibawah ini satu artikel yang amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juka seorang ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkan artikel ini kepada saya. Apabila membaca artikel ini terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin artikel ini lebih memberi kesan sekiranya dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog ini. Semoga penulisan artikel ini serta rakan-rakan yang terlibat dengan kisah ini memberikan keizinan kepada saya untuk menerbitkannya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.
YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih oleh Allah untuk berjumpa dengan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W melalui mimpinya pada hari Khamis 16 Rejab 1427H bersamaan 10 Ogos 2006. Nama yang dipilih oleh ayah beliau Syamimi yang bermaksud ‘kesayanganku’ iaitu gelar Nabi kita kepada puteri kesayangan baginda Fatimah. Ketika itu, khilaf memilih nama itu ayahnya mengharapkan, mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah satu mutiara kesayangan Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah, doa seorang bapa dimakbulkan oleh Allah S.W.T selepas 23 tahun  kelahiran anak sulungnya daripada 8 orang adik-beradik.

Alhamdulillah, Al-Quran 30 Juzuk terpelihara kemas dihatinya. Beliau menhabiskan 3 tahun untuk menghafaz 30 Juzuk Klamullah ketika di negeri kelahirannya. Beliau menghafaz sendiri untuk memenuhi harapan kedua ibu bapanya yang mengharapkan ada dikalangan anak mereka menjadi seorang huffaz , hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ituk untuk menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain. [Subahanallah] Setiap hari beliau menghafaz 2 muka surat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz disebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar di tahun 4 jurusan undang-undang syariah di universiti ana. [InsyaAllah].

 Akak ini atau dikenali sebagai kak Mimi, memang di uji oleh Allah S.W.T dengan satu penyakit yang tidak tahu puncanya sejak lebih setahun yang lalu. Rasanya seperti ditikam dengan pisau dibahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit dibahagian lututnya sejak lapan tahun yang lalu yang tidak pernah sembuh. Pernah suatu ketika, selepas makan beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaan yang dialami olehnya hanya Allah S.W.T dan dirinya sahaja yang tahu. Sudah lama dirinya tidak lagi berdaya menghadiri kelas kerana sakit yang ditanggungnya membuatkan dirinya tidak mampu berdiri dan berjalan. Hilang selera makannya sehingga susut badannya hamper 13kg. Beliau hanya menggagahkan dirinya untuk mengambil wudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullai sebagai pendinding daripada gangguan yang terus-menerus menyakiti dirinya.  Diceritakan makhluk-makhluk itu akan mengganggu dirinya pada waktu sebelum subuh, zohor dan waktu maghrib. Beliau sudah banya berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpada doctor-doktor pakar, para ‘alaim ulama’ yang faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri da akhir sekali dengan seorang pensyarah disini namun beliau hanya mampu untuk bertahan belawan dengan kesakitan yang dialaminya sendiri. Ustaz berpesan, setiap kali beliau merasakan kesakitan memperbanyakkan bacaan Surah Al-Baqarah.

Pada pagi Khamis itu [hari kejadian], beliau berniat untuk menghadiri kuliah setelah sekian lama beliau tidak mampu untuk menghadirinya. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagajkan, beliau menuju ke bilik air untuk berwudu’ dengan memapah dinding dan apa yang mampu untuk menampung beliau berdiri. Habis berwudu’ beliau jatuh tersungkur seperti ada yang menolak keras dari belakang. Beliau tidak lagi mampu berdiri dan merangkak ke bilik. Setelah tiba dibilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Disaat itu, dengan kerana kesakitan yang mungkin tidak lagi berdaya untuk ditangung, hatinya berkata (niat) “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha. Tetapi, kiranya, Engkau mahu aku meneruskan kehidupanku, aku ingin mendengar kata-kata semangat daripada baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri”. Kemudian beliau pengsan dan rakan-rakan sebilik mengangkat beliau kedalam bilik dan dibaringkan.

Sahabat-sahabat mula menyebarkan mesej pesanan ringkas kepada rakan-rakan yang lain agar dibacakan yasin buat beliau yang kelihatan nazak. Semua nombor penting dan ahli keluarga sudah siap sedia sekiranya berlaku apa-apa kemungkinan dengan izin Allah S.W.T. Pada jam 11 pagi, beliau tidur drnagn tenang di waktu qailullah. Dalam tidur beliau, beliau terbaring dalam pakaian telekung dan tangannya di qiam (seperti dalam solat) di tempat yang asing dan sangat indah. Beliau baring disebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitar. Tanpa diduga, tiba-tiba datang hamba Allah denagn wajahnya yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali (kira-kira 2 meter dari beliau). Wajahnya [Subahanallah] indah sekali, tidak dapat digambarkan. Belaiu tertanya-tanya, siapakah orang ini. Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dia merasakan, kesengsaraan yang ditanggungnya selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian hamba itu menyatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” [Subahanallah] baginda Nabi Muhammad S.A.W rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain seraban baginda berwarna hijau diatas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas sekali mat baginda, janggut baginda, rambut baginda, serban hijau diatas bahu baginda dan tubuh baginda. Kemudian baginda berkat “Enti fil masjidi” – “sekarang kamu berada di masjidku;Masjid Nabawi” [Allahuakhbar]. Kemudian baginda Nabi Muhammad S.A.W berkata “QalAllahuta’ala, “Innallahama’ Sobiriin”-“Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Ketika mendengar suara Nabi Muhammad S.A.W mengalunkan alunan Kalamullah, terasa bergema kemerduan suara Nabi ke seluruh ‘alam. Sememangnya baginda sebaik-baik kejadian dan ciptaan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan, dalam lughatu ‘arabiah tapi kami menterjemahkan. “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, denagan kesakitan yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara dlam hati enti, maka Allah buka hijab enti untuk melihat ana..” Ketika Nabi menyebut, “Ya Syamimi..” terlintas dihati beliau, “Ya Allah, baginda mengenali umat baginda..” Ya Rasulallah…, di saat itu dirasakan baiknya Allah S.W.T memberikan nikmat yang begitu besar buat dirnya. Kemudian Nabi katakana “Sampaikan salam ku buat sahabat-sahabat perjuangan islam, InsyaAllah, kita semua akanberjumapa nanti..” dan Nabi kita, lafazkan “ummati…ummati…ummati…” bergelinang aira mata suci baginda buat umatnya. Kemudian baginda Nabi Muhammad S.A.W berlalu pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulallah..” tetapi baginda tetap pergi. [Subahanallah]. Walaupun kita tidak pernah bersua denagn Nabi Junjungan kita yang mulia, baginda kenal dan sentiasa mengingati umat baginda. Beliau katakana yang beliau tidak pasti samada baginda menitiskan air mata kerana rindu akan umatnya atau sedih melihat umat akhir zaman ini..Allahu’alam.

Sedar dai tidur yang amat indah pengisiannya, beliau dikelilingi rakan-rakannya yang mendengar rintihan beliau “Jangan pergi Ya Rasulallah..” didalam tidurnya. Kemudian beliau menceritakan mimpi indanya kepada para sahabat dan sekali gus menyampaikan salam baginda buat umat baginda. Salam naginda Sollualannabiii.. Semua menangis lantaran rindu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Rasa malu menyelubungi diri, kita jarang-jarang ingat kepada Nabi yang banyak berkorban dan terhutang budi dengan baginda. Lebih-lenih lagi, kita sedar bahawa syafa’at baginda yang akan kita kejar diakhirat kelak. Ya Allah, disaat itu, tiada kalimah yang lebih tinggi selain Alhamdulillah untuk dirafa’kan kepada Allah S.W.T atas nikmat yang besar yang diberikan kepada dirinya. Rasa tidak layak dirinya menerima anugerah yang besar dengan ujian yang sedikit kira dibandingkan dengan insane-insan yang lebih berat diuji oleh Allah S.W.T. Kiranya ada kalimat lebih tinggi dari Hamdalah, pasti beliau sebutkan buat Allah S.W.T Yang Maha Kaya. Semua terangkum dalam nikmat Allah S.W.T.

Ketika itu, rasa sakit masih mnular dirinya, Cuma perbezaannya kali ini, dia bertekad tidak nagis lagi untuk kesakitan ini. Kemudian usai solat Zohor, rasa sakit yang beliau tanggung lebih hebat. Belum pernah beliau merasakan kesakitan sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh badan berasa ditikam diseluruh penjuru tubuhnya. Kalau dahulu, beliau akan nagis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri agar tidak nangis. “Apalah sangat sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang telah Allah S.W.T beri untuk melihat baginda Nabi Muhammad S.A.W” Kemudian beliau tidur terus merasakan berada ditempat yang tinggi tempat yang beliau biasa hadir setiap kali menerima gangguan. Belaiu berkat “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau beri buat hamba-Mu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu ya Allah..” Kemudian denagn izin Allah S.W.T hadir empat oaring yang berpakaian seraba hijau, salah seorang daripadanya mengatakan “Assalamu’alaikum ya Syamimi, Rasulullah S.A.W sampaikan salam buat mu. Ana Abu Bakar, ini Umar Al-Khattab, Usthman binAffan dan Ali” [Subahanllah] Saidina Abu Bakar memperkenalkan diri dan ketiga0tiga sahabatnya yang mulia. Beliau melihat Saidina Abu Bakar yang sangat lembut tingkahlakunya, Umar Al-Khattab wajahnya tegas, Saidina Usthman cantik sekali dan Saidina Ali agak kecil orangnya. “Kami diutuskan baginda untuk membantu enti” kemudian keempat-empat sahabat Nabi ini membaca ayat 102 daripada surah Al-Baqarah yang bermaksud,

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.”

Selesai membaca ayat tersebut, para sahabat menghembus pada makhluk-makhluk yang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. [Subahanallah] Rasanya seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu di tukarkan dan digantikan oleh Allah S.W.T dengan tubuh yang baharu. Hilang segala kesakitan yang ditanggunginya selama lebih setahun yang lalu dengan sabar. Kemudian Saidina Abu Bakar mengatakan “Inilah ganjaran besar oleh Allah S.W.T buat hamba-hambanya yang sabar”. Kemudia para sahabat Nabi yang mulia itu pun pergi.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, dia bangun dari tidurnya dan terus duduk. Rakan sebilik berasa hairan kerana beliau dapat bangun untuk duduk dengan mudah. Kemudian rakan sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah dengan mudahnya beliau berdiri dan berjalan sekitar bilik. “Ya Allah, penyaklit ana sudah sembuh” Semua sahabat beliau kelihatan gembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air mengambil wudhu’. Dengan tubuh yang ‘baharu’ beliau sujud syukur kepada Allah S.W.T “Ya Allah, kiranya diberi tempoh 100tahun aku sujud kepada-Mu pun belumtantu aku dapat menjadi hamba yang bersyukur di atas nikmat-Mu yang Engkau berikan”. Beliau berkata kepada kami, “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mepertahankan Nabi. Akak yang diberi nikmat melihat Nabi selama 5 minit pun merasakan tidak mahu berpisah dengan baginda. Kalau boleh mahu sahaja akak duduk didalam bilik sahaja beribadah kepada Allah S.W.T dan mengenangkan wajah baginda. Tapi, menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita dimuka bumi Allah S.W.T ini, mak hidup ini mesti diteruskan. Sekarang ini, hati akak tenang sangat, kalau boleh hendak sahaja akak pinjamkan hati ini walaupun sesaat kepada adik-adik agar dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tidak mungkin, ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya sahaja yang tahu. Akhir kata, akak inginkatakan “tak rugi kita bersabar …”


Sedikit kata dari Cik Nurul Iman :
- Asif jiddan, sekiranya ada kesilapan atau kekurangan daripada artikel ini.
- Artikel ini ana 'retype' dari vedio yang di post kan oleh Hafizullah Mustafa.
- Vedio = http://www.youtube.com/watch?v=OCwmbMlVykA&feature=player_embedded
- Tidak perlu minta izin untuk share. Memang islam untuk disebarkan.
- Terima kasih yang terlibat secara tidak langsung ana tupe semula dalam bentuk artikel :
          * Hafizullah Mustafa
          * Isa Arbiter.
- Buat Kak Mimi dan rakan-rakan nya kalau terbaca semula penulisan ini, saya sangat berharap dapat bertemu kalian memandangkan diri saya tidak mampu untuk mendapat pengalaman yang sama. Mugkin ianya tidak mustahil cuma diri merasakan lemah dan tidak kuat seperti kak Mimi.
- Alhamdulilah, saya siapkan artikel ini (selama setengah jam) dengan selamat (menahan hujan air mata...Allah...)
- Akhir kata, "Innallahama'sobiriin......." kalau kita merasakan kita diuji dengan uian yang berat, masih ada mereka yang diuji 1000x ganda beratnya daripada ujian kita...
-Sollu'alannabiii...T_T

Tiada ulasan:

Catat Ulasan