Khamis, 6 Oktober 2011

PENYESALAN

Hatiku berkecai seribu..
Seolah-olah ditusuk oleh sejuta jarum yg tidak kelihatan..
Rasa seperti sebahagian dari diriku telah dirampas..
Adakah begitu mudah sekali kau mengucapkan kata2 cinta..
Semudah kau mengucapkan selamat tinggal??
Adakah begitu mudah sekali kau memberi harapan..
Dan semudah itu kau menghancurkannya??
Dan...adakah diri aku semurah itu..??
Untuk menjadi tempat persinggahanmu..
Untuk kau berhenti sejenak..
dan mempermainkan perasaanku..

Kau memberi alasan..
tetapi kau tidak pernah menerima alasanku..
Kau menyesal dengan keputusan yang kau ambil..
Menyesal kerana memilih untuk bersamaku..
Tetapi kau tak pernah menyesal kerana memberi harapan padaku..
Kau menyesali dengan tindakan kau..
Dan aku yang terima tempiasnya..

Lahiriah..kau begitu sempurna..
Semua memujimu..
Bangga andai mengenali dirimu..
Dan aku..
Sekadar burung pipit yang terbang rendah..
Tak bisa menyamai dirimu yang umpama helang yang bisa terbang tinggi..
Dan apabila kau menerimaku..
Aku cuba sedaya upaya meyakinkan hati yang aku setaraf dengan dirimu..
Cuba terbang setinggi mungkin untuk meyamai kau..
Setiap detik hatiku takut kehilangan dirimu..
Kerana kau sering dikelilingi oleh perempuan seribu kali ganda lebih baik dariku..
Pelangi..takkan bertahan lama..
Tatkala kau pergi dari hidupku..
Aku sering tertanya2 di mana salahnya..
Adakah aku tidak berusaha sekuat mungkin..
Untuk kau tetap kekal bersamaku..??
Atau adakah usahaku hanya sia2..??
Persoalan demi persoalan menerjah minda..
Dan aku masih tetap ingin mencuba..
Merayumu untuk peluang kedua..

Kau masih bisa tersenyum,,gelak ketawa,,menanti hari esok dengan gembira..
Tetapi aku..??
Cuba melarikan diri dari kesilapanmu..
Dibayangi olah kesilapanmu..
Kini..setiap usaha yang ku lakukan..
Kelihatan seolah2 tidak berhasil..
Hidupku penuh dengan bayang2..
Dan aku takut untuk berpijak di bumi yang nyata..
Hanya kerana kesilapanmu..

Aku ditinggalkan untuk menyudahi penamat ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan