Parti Politik Yang Mana?
Fokus penulisan saya kali ini
adalah mengenai parti politik mana yang harus kita pilih. Artikel ini hanya
berdasarkan pendapat saya dan pengalaman saya semata-mata. Jika ada yang tak
bersetuju, sila tinggalkan pendapat anda at bawah ya..
Sebelum kita masuk ke
perbincangan yang isinya bertunjangkan POLITIK, mari kita berhenti seketika
merasakan bahawa kita sentiasa betul dan berfikir sejenak.... Adakah kita sebagai
rakyat Malaysia diwajibkan untuk memilih salah satu parti politik atau
sebenarnya kita diwajibkan untuk mengundi?
Tak salah saya, kita diwajibkan
untuk mengundi.. Ertinya kita sebagai manusia masih ada hak untuk memilih parti
politik yang kita rasakan adil... But in my opinion (BAJET!), saya memilih
untuk tidak memilih mana-mana parti politik.. Salah ke? Tak,,saya masih pergi
mengundi seperti orang lain, cuma saya tidak memilih mana-mana pihak.. Secara automatiknya
kertas undi saya rosak.. ROSAK? Kalau macam tu buang masa sajalah kan? Tak,,saya
masih menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia cuma saya
menggunakan hak saya..
Mesti kalian fikir, alahai,,satu undi
je pun,,bukannya mengubah apa-apa.. Berhenti!! Berhenti berfikir bahawa hanya
anda sahaja yang betul!! Berhenti berfikir mengikut acuan orang lain!! Adakan
pendapat kalian sekarang adalah milik kalian atau anda hanya mengikut arahan
atau kata-kata orang lain? Jika anda merasakan bahawa pendapat anda (yang tidak
bersandarkan pada pendapat orang lain) itu benar maka berdiri di atasnya!! Jika
ada orang yang memberi nasihat atau teguran, maka terimalah dengan berhemah..
Tunjukkan pendapat anda melalui tindak-tanduk anda,,bukan berdebat sana-sini
memusnahkan hujah orang lain.. Manusia tidak akan berubah melainkan mereka mahu
berubah..
Jika anda neutral (tidak memihak
mana-mana parti) maka jangan libatkan diri dengan mana-mana perbincangan
tentang POLITIK.. Jangan panas telinga apabila mana-mana parti politik menang
atau kalah.. Jangan panas hati apabila ada yang mengutuk mana-mana parti
politik.. Bilangnya neutral..(bahasa indon!!)
Dalam Islam,,kita semua hamba dan
kita semua khalifah.. Tapi ciri-ciri apakah yang menjadi seseorang benar-benar
layak untuk menanggung beban ini? Sedangkan sahabat Rasulullah pun takut dengan
beban yang berat nie.. Nanti di Akhirat sana,,Allah akan mempersoalkan setiap
tindakan kita.. Adakah adil? Adakah bijaksana? Setiap doa rakyat yang teraniaya
akan menjadi beban kita dan akan menarik kita semakin dekat ke Neraka.. Tetapi
sekarang,,semua beria-ia hendak menjadi pemimpin..malah sanggup rasuah dan
pengaruhi orang lain hanya untuk mendapat kuasa.. Telah kita muhasabah diri
sebelum bercita-cita sedemikian? Layakkah kita menjadi harapan rakyat?
Parti politik yang harus kita
pilih adalah bergantung dengan pilihan kita sendiri.. Bukan berdasarkan
ibubapa,,suami,,member dan seangkatan dengannya.. Mana-mana politik ada
kelebihan dan keburukannya,,untuk memuji kelebihan dan menghukum keburukan
mereka bukanlah hak kita.. Jika kita memuji kelebihan sedangkan keburukannya
lebih besar? Atau jika kita menghukum keburukan mereka sedangkan kelebihannya
lebih banyak? Adilkah kita pada mereka? Layakkah kita manusia yang penuh cacat
cela ini mengetahui semua perkara sebenar-benarnya?
Contohnya, tahukah apa tu
FLUORIDE? Ya, kandungan utama dalam kebanyakan ubat gigi.. Apa kelebihannya? Oh
ya,tentulah menguatkan dan memutihkan gigi, kan? Tapi dari mana kita tahu? Dari
media massa? Dari Doktor? Dari sekolah? Tapi macam mana mereka tahu? Tahukah
kalian, sebenarnya, melalui kajian di Amerika Syarikat, fluoride tidak terbukti
mempunyai sebarang kebaikan malah boleh mendatangkan banyak keburukan..
Antaranya,,merendahkan IQ kanak-kanak,, sakit di abdomen dan sebagainya.. Tak
percaya? Lihat kandungan utama racun tikus.. Apa? Sodium Fluoride?? Jika tikus
boleh mati,,bagaimana pula dengan manusia? Bagaimana kita boleh terpedaya?
Kerana kita sebagai rakyat Malaysia sendiri tidak membuat kajian yang mendalam
mengenainya.. 1 pihak yang paling berkuasa telah memutarbelitkan fakta ini..
Mereka menyembunyikan kebenaran dengan begitu licik sekali!! Kenapa saya kata
paling berkuasa? Kerana di dunia ini,,pihak yang mengawal makanan mengawal dunia..
Mengawal dunia?? Hanya dengan mengawal makanan?? Hanya dengan sedikit
putarbelit dan penipuan,,seluruh dunia percaya.. Lihatlah betapa lemahnya
manusia untuk membezakan yang benar dan yang salah..
Maaf saya tertukar topik.. Contoh
di atas adalah salah satu kelemahan kita yang tidak kita sedari selama ini..
Demokrasi..apa silapnya? Ya,,silapnya hanya satu iaitu SIKAP pemimpin dan
rakyat Malaysia.. Kali ini kita bincangkan tentang masalah dalam rakyat-Hati..
Benar,,niat kita.. Niat yang menzahirkan tingkah laku kita.. Jika niat kita berpolitik
adalah untuk kesejahteraan dan kedamaian maka itu yang akan kita lakukan.. Kita
tidak akan sewenang-wenangnya mencaci pihak yang tidak bersependapat dengan
kita, kita tidak akan menghukum pihak yang tidak sealiran dengan kita.. Kerana
kita tahu semua itu mengganggu-gugat kesejahteraan dan kedamaian orang lain..
Tepuk dada tanya hati,,apakah niat kita yang sebenar-benarnya? Untuk merasa
puas apabila parti politik yang kita pilih menang? Untuk menjatuhkan pihak yang
tidak sealiran dengan kita? Untuk menunjukkan bahawa kita betul? Itu semua
EGO..apa yang kita dapat apabila puas dengan kemenangan mereka? Apa yang kita
peroleh apabila pihak lain kalah? Apa yang kita kecapi apabila kita terbukti
betul? Ya,,EGO kita puas.. Hati-hati,,jangan sampai niat kita bersandarkan EGO
semata-mata..
Jadi,,nasihat saya.. Ikutlah kata
hati kalian.. Sebelum tu,,bersihkan hati dan jernihkan niat agar dapat hidayah
Allah.. Jika Allah mengizinkan ia untuk berlaku maka siapalah kita untuk
menghalangnya.. Setakat ini sahaja artikel saya.. Maaf jika ada yang terasa
hati atau sebagainya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan