Kebaikan belajar sendirian
1. Flexible
Benar..tiada kekangan waktu dan apa yang kita mahu belajar dahulu. Kita boleh memilih bila, di mana dan apa yang kita hendak study. Kita juga boleh belajar dengan kelajuan dan kemampuan kita.
2. Memupuk sifat berdikari
Apabila kita terjumpa soalan yang sukar, kita akan sedaya upaya menyelesaikannya. Kita juga akan menggalakkan diri agar mempunyai pendapat sendiri. Tiada siapa yang akan membantu atau mengganggu kita. Kita tidak mudah mengikut kata orang lain dan tidak mudah mengalah apabila menghadapi situasi sukar.
3. Mudah memberi konsentrasi
Dengan belajar sendirian, kita akan lebih mudah fokus dengan bahan ilmiah kita. Untuk FAHAM, kita perlu kaji atau baca sendirian dahulu. Sukar untuk menumpukan perhatian jika kita bersama-sama dengan kawan.
4. Tidak membazirkan waktu
Apabila belajar di saat-saat akhir, masa seolah-olah berlumba dengan kita. Setiap saat itu sangat penting. Mungkin ada yang tertidur apabila belajar sendirian tetapi itu lebih baik daripada berbual kosong dan bergosip. Kita lebih aware dengan perjalanan waktu apabila kita belajar bersendirian.
Tips untuk belajar sendirian
1. Betulkan niat
Apakah niat kita untuk belajar? Untuk keluarga? Untuk mengejar cita-cita? Matlamat duniawi itu semua kurang tepat. Kita belajar untuk Allah. Allah telah mengamanahkan kita untuk sentiasa menuntut ilmu.Ilmu dapat mengangkatkan darjat seseorang. Ilmu itu menghukum dan harta itu terhukum. Niat yang betul akan menjadi motivation kita yang kuat.
Pengalaman: Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa ilmu di dada ini akan mendekatkan lagi saya pada Allah. Ilmu itu hanya alat yang akan saya guna untuk berfikir dan mengagumi kekuasaan Allah. Betapa kerdilnya saya tanpa ilmu yang Allah limpahkan ini.
2. Buat jadual waktu
Pecahkan topik setiap subjek mengikut kemampuan diri dan tuliskan pada sehelai kertas, seperti jadual waktu sekolah tetapi tanpa 'masa'. Tampalkan di hadapan meja belajar anda atau di ruang tamu supaya anda dan keluarga anda dapat lihat selalu. Berusaha mengikut jadual dan pangkah setiap kali berjaya. Kita akan rasa kepuasan yang luar biasa. Setiap hari, buat jadual waktu diri di mana kita perlu senaraikan aktiviti seharian kita berserta waktu. Lihat dan baca jadual waktu diri sebelum tidur dan selepas bangun tidur dan cuba ingat kembali sewaktu kita mandi. Dengan itu, minda kita seolah-olah telah diprogram untuk mengikut jadual yang telah kita tulis.
Pengalaman: Saya akan bangun seawal 5.00 pagi kerana saya tidur pada pukul 10.00 malam. Saya telah tetapkan 1 hari 1 topik dan setiap 1 jam 1 subtopik. Jika saya tersasar, saya akan rasa kecewa dan semakin kuat berusaha menggantikannya kembali. Hari saya lebih teratur dengan jadual waktu dan saya tahu hala tuju saya. Saya kurang merasa stress kerana saya dapat nampak progress saya dan kedudukan saya. Dengan jadual waktu, waktu saya kurang terbuang dengan aktiviti yang lagha. Kadang kala saya akan peruntukkan masa setengah jam untuk tidur pada pukul 12.30 hingga 1.00 tghar, sebelum solat Zohor dan sebelum makan tengahari.
3. Suasana yang selesa dan Waktu yang sesuai
Setiap orang mempunyai keselesaan dan kemahuan tersendiri. Pilih waktu yang paling sesuai untuk menaikkan mood belajar kita. Suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas, dan bersih membolehkan kita belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang. Persekitaran sebegini membolehkan kita memberikan tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Susun atur perabut dan kepekatan cahaya juga turut mempengaruhi mood belajar anda. Jika kita terbiasa belajar dalam keadaan yang senyap maka study di bilik atau perpustakaan. Buka lagu tanpa lirik yang menenangkan (taip 'relaxing music' di youtube atau google). Jika bauan dapat membantu, nyalakan aromatic lilin (beli di kedai hadiah dengan harga yang sangat murah). Jangan dengar radio atau lagu yang berlirik. Ia akan mengganggu minda kita untuk fokus.
Pengalaman: Saya lebih selesa belajar sendirian di perpustakaan di mana mereka menyediakan bilik karel dan meja study untuk seorang. Saya akan pergi ke perpustakaan seawal 10.00 pagi dan pulang pada pukul 7.00 malam. Saya akan mendengar muzik instrumental yang perlahan sebelum mula ulangkaji agar perasaan lebih tenang. Jika saya belajar seorang di bilik, saya akan buka lampu meja dan tutup laptop agar tidak terganggu.
4. Bahan bacaan yang lengkap dan tersusun
Asingkan nota, latihan, kuiz dan kertas soalan mengikut kategori. Tidak perlu beli fail baru, cukup sekadar letak penanda (kertas A4 berwarna) di celah setiap topik/ subjek. Sentiasa amalkan tabiat menyimpan nota yang lengkap sekalipun kita tidak membacanya. Ia sangat berguna apabila kita benar-benar terdesak. Cara yang lebih mudah adalah dengan membaca Summary setiap topik (untuk menghafal) dan buat latih tubi (untuk kira-kira) dengan berterusan.
Pengalaman: Saya sangat suka mengumpul dan membuat nota tetapi kelemahan saya adalah saya sentiasa terlupa untuk mengumpul atau fotocopy latihan yang perlu dihantar. Jika saya akan susun nota awal-awal dan fotocopy nota kawan sebelum mula mengulangkaji pelajaran. Saya juga mengumpul dan print soalan latihan dari internet untuk topik keesokan hari.
5. Tetapkan waktu
Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit. Jangan paksa diri. Sekiranya kita rasakan tumpuan mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah kita ketahui sebelumnya.
Pengalaman: Saya akan setkan timer di handphone selama 50 minit dan kemudian rehat selama 10 minit untuk ke tandas, berbual, buat air atau makan. JANGAN LAYARI INTERNET. Dalam masa 50 minit itu, saya akan benar-benar fokus seperti di dalam dewan peperiksaan. Jika saya termenung saya akan tulis di sehelai kertas perkataan 'fokus!' lalu kembali study.
6. Sediakan air dan snek yang berkhasiat
Letakkan sebotol air di hadapan anda dan minum apabila merasa haus dan bosan. Sediakan semangkuk snek kegemaran anda seperti kekacang, kismis, kurma, buah-buahan, biskut atau gula-gula (jika terdesak). Dark chocolate juga bagus untuk dimakan asalkan dalam kuantiti yang terkawal. Pisang dan kurma adalah teman terbaik tatkala anda memerlukan tenaga. Kunyak kismis jika anda kebosanan.
Pengalaman: Saya sangat menggemari kismis dan saya akan membeli kismis secara borong untuk lebih jimat. Saya akan makan dark chocolate (pahit) apabila saya perlukan tenaga. Snek juga satu bentuk ganjaran kepada diri saya apabila saya berjaya mengulangkaji 1 topik. :)
Reference:
baguih. thanks share :D
BalasPadam