Khamis, 12 Jun 2014

Cara untuk skor Tamadun Islam dan Asia Tenggara (TITAS)


TITAS ni macam Sejarah+Geografi. Semua fakta perlu dihafal, walaupun sekadar 1 ayat. Soalannya sangat particular, sekecil-kecil sehinggalah ke sebesar-besar perkara akan disoal.

Dapatkan buku teks melalui:
a)      Pinjam/beli/diberi senior
b)      Fotocopy dari buku sebenar
c)      Pinjam dari perpustakaan (PTSL ada roughly dlm 5 buah)

Cara belajar:

a)      Hardwork sahaja (markah 80-100, usaha:80-100)
Jika rajin, buat nota dari awal sem, nota ringkas/mindmap, sukahati koranglah. Ingat, fakta kecil pun penting. Jika rajin tu berkurangan, korang print nota (diberi lecturer) atau cari nota tu at internet, then tambah fakta/isi penting dari buku teks. Masa minggu study week, buat latihan dengan semua soalan past year.

b)      Smart+Hardwork (markah 65-100, usaha:60-90)
Pada korang yg rasa TITAS nie kurang penting, maksud aku korang yang selalu bz dgn kerja/program, cara nie sesuai utk korang. Berhenti ponteng kelas, waktu kelas tu memang bosan if lecturer suka lecture. Tapi aku suggest korang bawa buku teks dan printed note. Masa dia lecture at depan selama 2-3jam tu, korang focus buat nota dengan tambah fakta/ isi penting dan baca sampai faham. Apa yang dia ajar waktu tu korang mesti siapkan nota hari tu jugak. Masa study week korang buat latihan dengan semua soalan past year.

c)      Smart sahaja (market 60-85, usaha: 50-80)
Pada korang yang ada banyak killer subject+assignment+project+program, cara nie untuk korang. Aku tahu ramai dari korang suka ponteng kelas TITAS, even if tak ponteng korang akan buat benda lain masa dia ajar, cth: tgk movie, layan fb, buat assignment… Aku tahu, masa tu je yg korang free utk rehat/buat assignment. Waktu at bilik korang study, siapkan online assignment/project atau main game~~ So, aku suggest korang buat past year questions mula dari 1 minggu sebelum study week lagi. Kenapa? Sebab…masa korang buat past year questions tu tambah fakta/isi penting at tepi2 soalan tu, cth: definisi, prinsip lain, matlamat utama… Dan korang betulkan fakta/statement yang salah pada jawapan yg diberikan dengan merujuk pada buku teks.

Cara utk dapat A utk TITAS
a)      Siapkan assignment (kalau diberi)
b)      Datang kelas & tandatangan kedatangan
c)      Siapkan presentation+report yang mengikut format
d)     At least dapat 70 markah untuk Final Exam (kata nak A)

Tips jawab Final Exam:
a)      Tahu cara menjawab dgn betul.
Utk UKM, satu jawapan yang betul (salah/betul) akan dapat 1/5 markah since korang ada 5 jawapan. Korang kena hitamkan B untuk betul, S untuk salah.
b)      Jangan jawab soalan yg korang lgsg tak tahu
Utk UKM, jika tak hitamkan mana2 jawapan, korang takkan tambah/tolak markah. Tapi kalau korang salah hitamkan jawapan, korang akan ditolak 1/5 utk setiap jawapan yg salah. Jika korang mmg lgsg xpernah baca fakta tu, xpyh jawab.
c)      Study ar!!


2 ulasan: